Saturday 9 May 2009

Siri Asas Multimedia: Grafik

Saya merasa agak sukar untuk memilih perisian grafik untuk digunakan sebagai contoh dalam buku ini kerana saya cuba gunakan perisian keluaran Microsft dalam seluruh buku ini. Ini kerana perisian Microsoft banyak diterima pakai dalam kelas. malangnya tiada perisian grafik dari Microsoft yang dikhaskan untuk melukis. Ada, seperti Microsoft Visio, tetapi ia lebih kepada lukisan carta dan graf. Perisian Adobe Photoshop pula, saya rasakan terlalu berat untuk pembaca baru yang belum ada asas. Oleh sebab itu saya pilih perisian serif Draw. Perisian ini boleh dimuat turun dari Internet dan dicuba secara percuma. Lagipun persian ini mempunyai ciri yang ada dalam perisian grafik yang lain. Jika pembaca gunakan perisian ini, kendalian perisian grafik yang lain juga akan menjadi mudah.

Pautan muat turun perisian SerifDraw.
http://www.freeserifsoftware.com/software/DrawPlus/default.asp

Contoh lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian Serif.
http://www.serif.com/drawplus/x3/examples/drawings/

No comments:

Post a Comment