Monday 16 November 2009

Siri Asas Multimedia: Animasi dan Video

Saya masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan buku ini. InsyaAllah akan disubmit pada penerbit pada awal Disember nanti. Selepas buku ini, Siri Asas Multimedia lengkap. Saya belum lagi propose title untuk ditulis untuk tahun depan. Jika anda ada tajuk yang ingin disyorkan (buku IT) bolehlah berbuat demikian melalui pautan komentar (comment link) pada posting ini.

Saturday 9 May 2009

Siri Asas Multimedia: Grafik

Saya merasa agak sukar untuk memilih perisian grafik untuk digunakan sebagai contoh dalam buku ini kerana saya cuba gunakan perisian keluaran Microsft dalam seluruh buku ini. Ini kerana perisian Microsoft banyak diterima pakai dalam kelas. malangnya tiada perisian grafik dari Microsoft yang dikhaskan untuk melukis. Ada, seperti Microsoft Visio, tetapi ia lebih kepada lukisan carta dan graf. Perisian Adobe Photoshop pula, saya rasakan terlalu berat untuk pembaca baru yang belum ada asas. Oleh sebab itu saya pilih perisian serif Draw. Perisian ini boleh dimuat turun dari Internet dan dicuba secara percuma. Lagipun persian ini mempunyai ciri yang ada dalam perisian grafik yang lain. Jika pembaca gunakan perisian ini, kendalian perisian grafik yang lain juga akan menjadi mudah.

Pautan muat turun perisian SerifDraw.
http://www.freeserifsoftware.com/software/DrawPlus/default.asp

Contoh lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian Serif.
http://www.serif.com/drawplus/x3/examples/drawings/

Tuesday 7 April 2009

Siri Kursus Asas Multimedia: Sistem Persembahan

Berikut adalah bahan yang digunakan sebagai contoh dalam praktis untuk buku ini.
Teks
Teks untuk contoh persembahan adalah seperti berikut:
Selaid 1
Tajuk: Penggunaan Burung Hantu Sebagai Kawalan Biologi
Subtajuk: Pengenalan
Selaid 2
Tajuk: Tikus adalah Perosak
Kandungan:
*Tikus memakan bunga dan buah muda pada pada tandan kelapa sawit.
*Kerosakan sehingga 50% dari buah pada tandan.
*Buah yang rosak menjejaskan jumlah penghasilan minyak sawit.
Selaid 3
Tajuk: Buah sawit yang rosak dimakan tikus.
Selaid 4
Tajuk: Kaitan Jumlah Tikus dan Peratus Kerosakan Buah
Selaid 5
Tajuk: Menggunakan Racun
Kandungan:
*Kos perbelanjaan yang tinggi.
*Bahaya kesan racun terhadap pengguna.
Selaid 6
Tajuk: Burung Hantu Memakan Tikus
Kandungan:
*Memakan tikus.
*Boleh digunakan untuk mengurangkan populasi tikus.
*Sesuai tinggal di ladang.
Selaid 7:
Tajuk: Pemakanan Burung Hantu
Kandungan:
*90% dari diet adalah tikus.
*Seekor burung hantu memakan 2 hingga 3 ekor tikus sehari.
*Anak burung hantu memakan 5 hingga 6 ekor tikus sehari.
Selaid 8
Tajuk: Keluarga Burung Hantu
Kandungan:
*Purata 8 ekor anak burung dalam satu sarang.
*Jika 1 ekor memakan 5 ekor tikus satu hari, satu sarang memerlukan 40 ekor tikus.
*Tidak termasuk makanan burung dewasa.
*Jika burung dewasa memakan 3 ekor tikus, satu sarang memerlukan 46 ekor tikus.
Selaid 9
Tajuk: Famili Burung Hantu
Selaid 10
Tajuk: Anak Burung Hantu yang baru menetas.
Selaid 11
Tajuk: Dalam Sarang Burung Hantu
Selaid 12
Tajuk: Bekalan Makanan
Selaid 13
Tajuk: Burung Hantu, Tyto alba
Selaid 14
Tajuk: Burung Hantu Tidak Membuat Sarang
Kandungan:
*Tinggal
**dalam reban
**dalam lubang dalam batang pokok.
**Dalam rabung rumah.
*Menarik burung hantu ke ladang dengan membina sarang yang sesuai.
Selaid 15
Tajuk: Sarang Burung Hantu
Gambarfoto
Gambarfoto yang digunakan dalam buku ini. Gambar ini adalah milik pengarang dan hanya dibenarkan untuk digunakan sebagai praktis dalam buku ini serta aktiviti lain yang berkait dengannya. Sekiranya anda ingin gunakan gambar tersebut untuk tujuan penerbitan atau komersial yang lain, sila hubungi pengarang.




















Siri Kursus Asas Multimedia: Percetakan Meja




Siri Kursus Asas Multimedia: Membina Laman Web




Kemajuan penulisan siri ini

Buku berikut telah dihantar untuk percetakan.

Siri Kursus Asas Multimedia: Membina Laman Web
Siri Kursus Asas Multimedia: Percetakan Meja
Siri Kursus Asas Multimedia: Sistem Persembahan

Saya masih merangka buku berikut.

Siri Kursus Asas Multimedia: Grafik
Siri Kursus Asas Multimedia: Animasi dan Video

Saya berharap buku Siri Kursus Asas Multimedia: Grafik akan siap pada awal bulan Mai 09 dan buku Siri Kursus Asas Multimedia: Animasi dan Video akan siap pada akhir bulan Mei 09.

Saya benar-benar berharap siri ini akan dapat membantu rakan-rakan semua dalam multimedia. Kandungannya saya tulis agar mudah difahami kerana ia ditujukan pada rakan-rakan yang baru dalam penggunaan multimedia. Saya berharap bila dah baca buku ini, rakan-rakan akan berkembang lagi dan mula mempelajari multimedia secara mendalam. Saya belum sempat menulis perkara yang lebih mendalam kerana kesuntukan masa. InsyaAllah di masa akan datang saya akan cuba tulis buku yang lebih tinggi kandungannya.

Sekiranya rakan ada menjumpai kelemahan atau perkara yang difikirkan boleh diperbaiki supaya ia lebih mudah difahami, sila tinggalkan komentar.

Tuesday 20 January 2009

Siri Baru

sebagai pembuka tirai untuk tahun ini, saya akan menulis satu siri langkah demi langkah yang baru iaitu Siri Kursus Asas Multimedia.

Siri buku ini mengandungi 5 buah buku, iaitu:

Siri Kursus Asas Multimedia: Membina Laman Web
Siri Kursus Asas Multimedia: Percetakan Meja
Siri Kursus Asas Multimedia: Sistem Persembahan
Siri Kursus Asas Multimedia: Grafik
Siri Kursus Asas Multimedia: Animasi dan Video